selepas mama bawakan aku minuman, mama pandang aku dengan penuh kesedihan. aku pun hairan. adakah aku telah buat mama kecil hati? apa yang aku buat?
mielya : ma? mama ok ke? kenapa mama nangis ni?
mama : ehh. takde apa-2 la sayang (mengesat air mata)
mama lalu keluar dari bilik. selepas aku penat belajar, aku pun tidur. esok nak sekolah. apabila esok menjelang tiba, aku pun bangun awal dan pergi bersiap sedia. selepas aku bersedia, aku pun turun pergi breakfast. semasa aku turun, aku terdengar mama tengah menangis. aku sungguh hairan. papa dan mama kelahi ke? aku cepat-2 turun dan pergi tengok mama.
mielya : kenapa mama nangis lagi ni? ada apa-2 yang mama tapok dari mielya ke?
mama : takda apa-2 la mielya. cepat pergi breakfast. mama sudah siapkan sarapan. (mama peluk aku dengan erat)
aku pun pergi sarapan. aku tak nak la paksa mama cakap yang sebenar. mungkin mama belum bersedia untuk bagitahu hal sebenar. aku juga berasa heran apabila mama peluk aku dengan erat. jarang mama peluk aku macam tadi. apa-2 pun, aku akan banggakan mama. takda apa yang dapat larang aku. siap aku sarapan, mama terus hantar aku ke sekolah. keadaan dalam kereta sungguh sepi. selalunya mama akan tanya aku soalan. mama asyik tarik nafas panjang-2. aku tertanya-2 apa yang berlaku sebenarnya. apabila sudah sampai ke sekolah, mama peluk aku dengan erat dan dia menangis. aku mengesat air mata mama..
mielya : stop crying k ma? mielya always here for mama. (aku cium pipi mama)
mama : baiklah nak. masuk sekolah. nanti lambat pulak. belajar rajin-2 ya nak?
mielya : oke ma. see you later.
wajah mama menangis bermain dalam fikiran aku. sayu rasanya hendak tinggalkan mama dalam keadaan macam itu. mungkin mama ada masalah dengan papa. aku sebagai anak, tidak perlulah masuk campur. bila mama bersedia, mama pasti akan bagitahu aku. semasa aku sampai ke kelas, gina dan tyra pun berlari ke arah aku dan peluk aku dengan erat. kenapa ni? kenapa semua peluk aku dengan erat? aku terdengar pula bunyi mereka berdua menangis.
mielya : kenapa dengan babe i ni? break up ey?? serentak ke break up?
gina n tyra : (pandang wajah aku dan pegang wajah aku)
mielya : bukan fasal break up ey? alaaaa. i masih hidup la. jangan la nak nangis.
gina dan tyra menangis teresak-2. aku betul-2 tak faham. aku pun sudah bosan kerana aku dapat merasakan mereka ada sembunyi sesuatu dekat aku.
mielya : kenapa ni? baik jujur dengan i.
gina : mielya, i think u should ask your mother. i tak nak sebarang cakap. nanti ada yang salah pula.
aku pun diam. mama tahu hal sebenar? sampai hati mama simpan rahsia dari aku. selama ini tak pernah mama simpan rahsia dari aku. aku enggan bercakap dengan gina dan tyra. semasa rehat, jack pun duduk dengan aku.
jack : u tak makan?
mielya : tak. i takda selera la.
jack : kenapa lagi ni?
mielya : tu. mereka dua tu. berahsia dengan mielya. i benci laa.
gina : mielya, u kena faham. (mengeluh)
mielya : kan? tengok? berahsia lagi. jangan pula u termasuk juga dengan hal ni sayang.
jack : (diam dan tunduk kepala.)
aku faham kalau jack sudah macam tu. mesti dia ada sembunyi sesuatu dari aku. sudah 4 tahun kami bersama. aku sudah masak dengan perangai dia. aku langsung tidak bercakap dengan mereka bertiga. sampai lah balik. setiap kali balik ke sekolah, jack yang hantar aku balik. apabila sampai ke rumah, aku terus masuk ke rumah dan tanya mama..
mielya : mama. sampai hati mama main sorok-2 rahsia dari mielya. sampai gina,tyra dan jack pun tahu. dapat mama jujur dengan mielya?
mama : mielya, mama rasa mielya belum bersedia untuk mendengar perkara ni.
mielya : please ma. i'm very curious.
mama : mielya, past two days, mielya kan ada pergi check up?
mielya : and then ma?
mama : (menangis) doktor bagitahu mama bahawa mielya hanya mempunyai satu tahun saja peluang untuk hidup. barah otak mielya semakin parah. mama bagitahu dengan gina, tyra dan jack kerana mama suruh mereka jaga mielya dekat sekolah. mama yang suruh mereka simpankan rahsia ini. mama tak nak semangat mielya runtuh.
aku terkedu dan betul-2 tak tahu nak cakap apa. kenapa Tuhan bersikap tidak adil kepada aku? apa yang aku sudah buat? why Lord? aku ingin juga hidup seperti remaja yang lain. aku ingin juga banggakan papa dan mama. kenapa aku harus hadapi dugaan sebegini? aku lalu masuk bilik dan pergi mandi. selepas aku siap, aku terus baring di atas katil ku. mama masuk..
mama : wangi anak mama. anak mama nak makan apa?
aku tak mampu hendak menjawab soalan mama itu. aku betul-2 tak sangka bahawa umur aku sungguh pendek. kenapa harus aku yang dikorbankan dahulu? masih panjang perjalanan yang perlu aku lalui.
mama : makan la sayang. mama sudah sediakan makanan untuk mielya.
mielya : ma, mielya masih dalam keadaan terkejut ni. mama tolong faham k? please ma?
mama : baiklan sayang. kalau lapar, makan tau? jangan ikat perut. nanti mielya tambah sakit nanti.
aku diam sahaja. tidak guna pun aku makan. tetap juga penyakit aku tidak dapat disembuhkan. mulai saat itu, aku anggap diri aku sebagai orang yang tidak berguna. tidak lama kemudian, aku pun terlelap. sampailah keesokan hari, seperti biasa aku pergi bersiap sedia dan pergi sarapan. selepas sarapan, mama terus hantar aku ke sekolah. semasa aku sampai ke sekolah, aku berasa sangat pening. sampai ke kelas, gina dan tyra datang untuk menanya khabar.
gina : mielya, kenapa muka u pucat ni? u ok ke?
tyra : my gosh, pucat muka u. eee mielya, kalau tak sihat tak perlu lah datang sekolah. nanti u sakit.
aku : ala. i oke jer laa. mungkin sebab i tak pakai bedak kot.
gina : ada-2 jer la u ni mielya.
selepas itu, kelas pun mula seperti biasa. aku berasa loya. aku baringkan kepala aku atas meja dan tiba-2 dunia aku menjadi gelap. sehingga la masa rehat.
tyra : gina, mielya macam letih jer? selalunya dia tak pernah pun tidur dalam kelas.
gina : pelik juga yer?
tyra dan gina pergi kejutkan mielya.
gina : mielya, bangun mielya. sudah rehat ni. u mesti makan.
(gina berasa sangat hairan apabila mielya langsung tidak bergerak. gina lalu memandang wajah tyra.)
tyra : mielya, jangan main-2 mielya. bangun laaa. jangan buat kita orang macam ni.
gina : tyra, i rasa baik u pergi panggil jack. mielya pengsan ni! (gina cakap dengan cemas)
(tyra lalu berlari mencari jack di kantin)
tyra : jack! mielya pengsan!
jack : kenapa boleh jadi macam tu?!
tyra : tak tahu! cepat jack! bawa dia ke hospital!
(jack dan tyra bergegas ke kelas mereka untuk melihat keadaan mielya. jack sudah mula gelisah dan menangis. begitu juga dengan gina dan tyra.)
-apabila sudah sampai dekat kelas-
jack : gina, tyra. call mama. suruh mama pergi ke general hospital. jumpa dekat sana.
(jack mengangkat mielya lalu bergegas ke kereta)
tyra : jack!
jack : ya?
tyra : tolong jaga mielya baik-2 (menangis)
jack : baik. don't worry.
(jack lalu membawa mielya ke hospital dengan cepat. wajah mielya kelihatan pucat. suhu badan dia pun panas.)
-apabila sudah sampai hospital-
jack : doctor, i really need you now. girlfriend saya pengsan (nada cemas)
doctor : bring her in.
(jack lalu bawa mielya dan baringkan mielya ke atas katil yang sudah disediakan. mereka lalu membawa mielya ke dalam bilik. jack mengekori mereka.)
nurse : encik, awak tak dapat masuk. ini runag pemeriksaan.
(jack cium dahi mielya)
jack : be strong baby. i'm here for you (menangis)
(tidak lama kemudian, ibu kepada mielya pun sampai)
mama : jack! macam mana keadaan mielya?! (menangis)
jack : belum tahu lagi ma. mielya baru masuk. (menahan air mata)
mama : sama-2 lah kita sembahyang supaya umur mielya dipanjangkan.
(jack dan puan fiona sembahyang untuk mielya supaya Tuhan panjangkan umur mielya. selepas itu, jack lalu duduk di bangku. jack mengimbas kenangan mereka berdua lalu menangis.)
-imbas kembali-
mielya : jack, kalau ditakdirkan i pergi dulu, apa u akan buat?
jack : i akan jaga u semasa u dalam hospital.
mielya : kalau umur i tak panjang?
jack : i bunuh diri laa (ketawa)
mielya : ade-2 jer la u ni (ketawa)
(tidak lama kemudian, doktor keluar. jack lalu pergi ke arah doktor itu dan begitu juga puan fiona)
mama : doktor, bagaimana dengan keadaan anak saya?
doktor : mielya dalam keadaan koma sekarang. saya tidak pasti bila dia akan sedar. kami berharap dia dapat sedar secepat mungkin.
jack : agak-2 nya bila dia akan sedar?
doktor : mungkin seminggu? sebulan? setahun? kalau dia bernasib baik, mungkin esok? kerana dia menghidap penyakit barah otak. penyakit ini perlukan masa yang panjang.
(puan fiona lalu melutut dan menangis. jack hanya mampu terdiam dan menangis.)
jack : Tuhan, bagi la aku yang tanggung beban yang mielya sedang alami (menangis)
(jack dan puan fiona masuk ke dalam wad mielya lalu duduk di sebelah mielya)
mama : nak, mama di sini. cepat sembuh ya nak? mama sunyi tanpa mielya.
jack : sabar mama. Tuhan itu adil.
-3 bulan kemudian-
-di hospital-
papa : bila lagi dia ni nak bangun? kata nak banggakan papa. ni hampakan papa.
mama : papa. kenapa cakap macam tu? maruah keluarga memang penting. tapi, anak kita dalam koma pa.
papa : anak ke macam ni? dia sudah memalukan aku. aku tak nak ada anak yang berpenyakit.
(mielya sudah mula sedar)
mielya : mama? papa?
papa : ha! eloklah, bangun pun kau.
(mama keluar dan panggil jack, tyra and gina)
mama : sayang? (menangis)
mielya : mielya di mana ni?
jack : mielya di hospital. mielya pengsan dan koma selama 3 bulan.
(tyra dan gina peluk mielya)
tyra : babe, we miss you so much (menangis)
mielya : relaks babe. i masih hidup ni.
papa : hidup konon. tapi menyusahkan! ?(nada marah)
mama : papa?!!!
mielya : kenapa ni pa? apa yang mielya sudah buat?
papa : kau sudah memalukan papa! reputasi papa semakin menurun gara-gara kau! papa terpaksa dari L.A terbang ke sini gara-gara kau! papa sudah rugi tau! kau fikir senang nak cari klien?!
jack : uncle, jack tak nak kasar dengan uncle. tapi, mielya masih sakit. jangan lah tambahkan tekanan.
papa : kalau macam tu, kau keluar dari keluarga ini! aku tak nak orang macam kau dalam keluarga ini! kakak kau sudah berjaya membanggakan aku. tapi kau?! menyusahkan!
mielya : papa. don't be rude. papa fikir papa sudah keluarkan mielya dari keluarga ini, lepas tu dapat ambil balik?
papa : papa lebih menyesal kehilangan klien daripada hilang anak.
mama : cukup pa! cukup! don't be such a materialistic!
papa : mama! ini keputusan papa! mama ikut papa! esok, peguam papa akan datang. sign surat itu! mulai hari ini, aku bukan bapa engkau. mari ma. kita balik!
(encik henry menarik puan fiona keluar dari wad dan balik. mielya tidak mampu berkata apa-apa. dia tidak sangka bapa dia sanggup kehilangan anak demi duit. sekarang mielya cuma punyai kawan dan kekasih sahaja.)
mielya : tak sangka aku ada bapa macam tu (menangis)
tyra : sabar mielya. gina, jack dan aku sentiasa ada di sisi kau. sabar ye?
gina : yes mielya. u still have us.
mielya : thanks guys. walaupun nyawa aku tidak lama lagi, tapi you all tetap nak berkawan dengan aku.
jack : hey hey. mielya, jangan cakap macam tu. jack akan jaga mielya seperti apa yang jack sudah janjikan. mulai hari ini, jack akan jadikan mielya sebagai teman sehidup semati jack.
mielya : you mean we going to marry?
jack : yes mielya. (menangis kegembiraan)
tyra n gina : mielya! you going to get marry!!!! (nada gembira)
(jack sangat simpati dengan mielya kerana dia sudah kehilangan keluarga gara-gara harta. selepas bebrapa hari, mielya sudah dapat keluar dari wad. mielya tidak sempat untuk menduduki SPM kerana dia dalam koma. jack terus melamar mielya dan keluarga jack pun setuju untuk menerima mielya sebagai ahli keluarga yang baru. mielya terima lamaran jack)
-8 bulan kemudian-
jack : sayang, baby kita apa khabar?
mielya : sihat je yang. mielya nampak gemuk tak?
jack : tidak mielya. mielya nampak kiut. mielya punya perut sangat besar. (senyum)
mielya : mesti la nampak besar. (senyum)
jack : mari sayang. nanti lambat pula untuk menghadiri appointment.
mielya : baiklah abang.
(mielya dan jack perlu pergi membuat sesi ultra sound. mielya sudah mengandung selama 8 bulan lebih. tidak lama lagi bayi dalam kandungan itu bakal dilahirkan. apabila sudah sampai)
jack : afternoon doktor.
doktor : hye. how's the baby?
mielya : doing great doktor.
doktor : ok. boleh kita mulakan?
jack : sure.
(semasa doktor sedang menjalani tugasnya, dia dapati bahawa barah otak mielya semakin teruk)
doktor : oke. ermm. puan, puan boleh tunggu dekat luar. i have a word with your husband.
(mielya pun keluar)
jack : kenapa doktor?
doktor : saya ada berita buruk.
jack : yes?
doktor : nyawa mielya semakin tipis. bayi dalam kandungan itu juga akan dijangkiti. jadi, nyawa mielya dan bayi itu dalam bahaya. semasa mielya melahirkan bayi itu, mungkin mielya yang akan meningalkan kita dan mungkin bayi itu yang akan meninggalkan kita.
jack : takda pilihan lain ke doktor? (gelisah)
doktor : maaf encik. mielya sudah tidak dapat diselamatkan.
(jack keluar lalu membawa mielya balik rumah. sudah sampai rumah, mielya terus sediakan makan malam untuk jack.)
mielya : abang, makan bang.
jack : mmmm. nyaman nyer bau masakan bini abang ni?
mielya : alaaa. baru bau. belum rasa lagi.
-semasa makan-
mielya : sayang, apa yang doktor cakap tadi?
jack : tak ada apa-apa. dia cuma cakap yang isteri abang punya kandungan sangat sihat (dalam hati jack : sorry sayang. abang terpaksa menipu. abang tak nak kesihatan mielya terjejas kalau tahu jawapan yang sebenar)
mielya : baik lah kalau begitu abang. sekarang, makan banyak-2 bang.
selepas makan, mielya dan jack lalu masuk ke dalam bilik dan tidur. pada keesokan pagi.
jack : pukul berapa sudah ni? mielya belum bangun?
mielya masih tidur nyenyak disebelahnya.
jack : mielya? bangun sayang? akhir sudah ni.
mielya langsung tidak bergerak.
jack : mielya? mielya? bangun sayang.
nampaknya mielya sudah pengsan semasa tidur. jack lalu membawa nya ke hospital. jack sangat gelisah kerana nyawa isterinya dan anaknya dalam bahaya. 4 jam kemudian, doctor keluar.
jack : doctor? bagaimana dengan keadaan isteri aku dan anak aku?
doctor : kandungan isteri encik baik-2 saja. tapi, isteri encik, peluang dia untuk hidup sangat tipis. kami berharap, dia dapat melahirkan anak itu.
jack : (menangis) doctor, boleh saya pergi jenguk isteri saya.
doctor : tentu sekali encik.
jack masuk ke dalam wad isterinya.
jack : sayang ok?
mielya : mielya oke jer abang. abang jangan risau. abang, boleh mielya buat permintaan yang terakhir?
jack : apa sayang?
mielya : abang bawa mielya ke pokok yang kita ukir nama kita dulu?
jack : abang akan cuba demi mielya. abang minta kebenaran dengan doctor dulu ya?
mielya : baik bang.
docotr telah membenarkan jack untuk membawa mielya ke tempat tersebut. lalu jack membawa mielya ke tempat itu. semasa di pokok itu,
mielya : abang, nama yang kita ukir 3 tahun lalu masih kekal lah! (jerit dengan gembira)
jack : (menangis apabila mengenang apa yang doctor cakap)
mielya : abang, jangan la nangis. tak handsome laa.
jack : (senyum)
mielya : abang, mielya ada bawa kertas dan botol kaca ni.
jack : untuk apa tu?
mielya : abang ambil satu kertas ni. abanga tulis apa yang abang rasa dekat mielya. kertas yang abang tulis, mielya simpan. kertas yang mielya tulis, abang tanam. jika mielya sudah tiada nanti, abang korek balik dan baca. boleh?
jack : boleh sayang (menangis)
mielya dan jack mula menulis. setelah abis sesi menulis, mereka berdua kembali ke hospital. jack menemani mielya di wad. jack sangat letih dan lalu tertidur. mielya membuka surat yang jack tulis :
mielya, abang betul-2 susah hati apabila tahu bahawa nyawa mielya sangat tipis. walaupun mielya sudah jadi milik abang. mielya, abang nak mielya tahu bahawa abang betul-2 sayang kat mielya. apa yang terjadi, abang mampu terima dengan ikhlas hati. abang janji, selepas mielya, tiada lagi yang mengganti mielya. abang nak namakan anak kita sempena nama mielya. supaya abang dapat sentiasa mengingatkan mielya. abang nak mielya pergi dengan tenang tau? abang tak nak mielya sedih-2. nanti abang pulak yang sedih.selepas mielya baca surat ni, senyum tau? "TILL DEATH DO US APART"
selepas mielya membaca surat itu, mielya menangis lalu memegang tangan jack yang sedang tidur. keesokan hari.
jack : sayang? selamat pagi.
mielya langsung tidak bergerak. jack mula gelisah. dan memeriksa nadi mielya. nadi mielya langsung tidak bergerak. jack terus memanggil doctor. doctor membawa mielya ke bilik pembedahan. jack mula menangis. dia telah kehilangan orang yang dia sayang. 6 jam kemudian.
doctor : tahniah encik, encik mempunyai anak perempuan.
jack : ........
jack masuk ke dalam bilik bayi dan mendukung bayi itu.
jack : welcome carmielya marsheila. (menangis)
-2 tahun kemudian-
jack : mielya, jangan main jauh-2 tau. papa nak duduk dekat pokok ni kejap.
mielya : oke papa.
jack mengorek kembali tempat mielya menanam surat tersebut lalu membaca :
hye abang? mielya nak pesan sikit. bila mielya takda nanti, jaga diri abang baik-2. jaga anak kita tau. mielya nak abang didik anak kita macam mana abang didik mielya. jadikan anak kita anak yang berguna. jangan jadi macam mielya. sebab mielya tidak dapat membanggakan papa mielya sediri. abang, maaf kalau mielya tidak dapat menemani abang sampai abang menutup mata. mielya sangat kesal kerana mielya terpaksa pergi dulu daripada abang. jangan sedih-2 tau. mielya sentiasa ada di sisi abang. kalau abang rindu mielya, abang tengok bulan. kerana, bulan adalah tanda kita berdua. semua orang di dunia ini dapat melihat bulan. maksudnya, semua orang dapat melihat cinta kita berdua.
love,
mielya.
-THE END-
a story made by me :) enjoy reading :D
lotsoflove,
yaya